//Rainbow Lovers is Coming!
Follow Dashboard
Rahsia lelaki terbongkar selepas berkahwin
Sunday 5 December 2010 | 0Superstar (s)!

masa bercinta semua pun indah. sikit-sikit nak jumpa, sikit-sikit dah rindu. lelaki pun sanggup buat apa sahaja demi perempuan tersayang. tapi keindahan tu cuma berlaku masa bercinta je ke? dah kahwin macamana pulak?
  1. belum nikah tu, dia kata tak suka rumah bersepah-sepah. pantang rumah tunggang langgang. lepas jadi suami, amboiii. dah campak kain baju merata-rata. bagi dia, “kan ada orang rumah..”
  2. masa hangat bercinta, bukan main lagi nak beli baju couple set dekat timesquare yang berharga rm60 sepasang. waktu bersanding pun sedondon je. lepas dah kahwin, TERpakai baju yang sama, terus tukar cepat-cepat.
  3. dulu waktu lunch siap tanya “yang, you nak makan apa?” lepas kahwin, apa dia tapau, makan je. jangan banyak tanya. kang dia jawab “dah beli pun nasib baik..”
  4. masa bercinta dulu, kalau spent rm300 untuk beli bunga atau belanja girlfriend shopping, apalah sangat. lepas kahwin, mintak rm100 nak beli barang dapur pun dah cakap “you nak cekik darah i ke?”
  5. kereta atau motor berhabuk sikit, terus mandikan dengan kasih sayang and belaian manja. cewah. dalam hati perempuan pun berkata, “untungnya aku dapat lelaki pembersih macam ni”. lepas kahwin, isteri mintak bersihkan toilet, dia boleh jawab “tahun depan pun boleh basuh”
  6. sebelum kahwin, macam ribut kemas rumah bila girlfriend singgah kejap. lepas kahwin, rumah macam tongkang karam pun dia buat tak tahu je.
  7. masa bercinta, teman girlfriend shopping setiap hari pun tak apa. sanggup. lepas kahwin, macam-macam alasan dia bagi nak elak daripada teman isteri shopping. malas nak tolong pegang shopping bag agaknya?
  8. masa isteri pertama kali pregnant, lelaki lah paling risau, paling takut mengenangkan proses bersalin. lepas isteri dah beranak satu, jadual isteri penuh, dah tak kisah kesihatan isteri dah.
  9. bercinta sakan sampai bergayut dekat phone lima-enam jam sehari pun tak apa. lepas kahwin, bila dia outstation, dapat lima patah sms pun dah kira okay.
  10. sebelum kahwin, kejap-kejap sms, satu hari tu tak berhenti-henti sms. kalau girlfriend tanya sikit, dia jawab panjang berjela. sekarang ni tiga atau empat sms sehari, dia cuma reply ‘K’, tak ke sakit hati?
  11. dulu kejap-kejap ‘love you’, kejap kang ‘miss you’, pergi toilet keluar dah rindu. sekarang, nak cakap ‘i love you’ pun tergagap-gagap.
  12. dulu kalau girlfriend tersepak batu, lelaki sanggup marahkan batu. sekarang dah kahwin, marah pulak bini sebab tersepak batu.

lelaki bujang kata,

“kalau aku tahu nikmat kahwin macam ni, dah lama aku kahwin..”

lepas berkahwin,

“kalau macam ni sengsara rumahtangga, tak nak aku kahwin!”



Older Post | Newer Post
Queen Quotes!



Welcome to my blog :) Before anything else please follow these rules : No ripping , spamming , and any type of childish acts . Respect is a must . Enjoy your stay and have fun !

STORY OWNER

Wish List

HAPPY FAMILY
SPM
DIPLOMA
DEGREE
IPHONE 6
MARRIED

Press The Link !

Twitter
Instagram
Youtube
Facebook