//Rainbow Lovers is Coming!
Follow Dashboard
Tips untuk menjadi pasangan yang disayangi
Sunday, 5 December 2010 | 0Superstar (s)!

Kebahagiaan itu indah. Tapi, tak semua pasangan yang bercinta bagai merparti dua sejoli, pinang dibelah dua dan burung gagak sama-sama hitam (?) adalah bahagia. Kadang-kadang kita tengok pasangan tu macam happy je, macam tak pernah bergaduh atau salah faham, tup-tup kita dapat tahu diaorang dah putus. Tak ternganga korang? Haaa. Itulah yang I maksudkan. So kalau korang tengah bercinta dan nak bahagia, korang kena lah selalu menjadi yang terbaik. Sometimes memang korang akan rasa macam situasi ni.

Asyik aku je nak kena faham dia, nak kena ambil berat pasal dia, dia tak pun. Perasaan aku, bukannya dia tahu macamana. Bila aku merajuk, dia buat tak tahu saja.

Tapi selalunya, awal-awal bercinta bolehlah nak pujuk memujuk berkasih sayang tak ingat dunia, tapi bila dah lepas dua tiga tahun, korang ingat senang nak dapat macam awal-awal bercinta? Heh. Melainkan kalau korang dengan pasangan korang tu amalkan tips yang I akan bagi ni.

Happy couple

  1. Rela untuk mengalah – Korang boleh menangi hati pasangan korang tu kalau korang ada sikap ni. Bila korang amalkan sikap ni dalam hubungan tu, kemungkinan besar pasangan korang pun akan selalu mengalah juga. Jangan terlalu ego, walaupun bukan salah kita. Tapi kena ingat, jangan pulak mengalah dengan semua situasi. Kena pandailah membaca situasi. Jangan pulak kalau ada orang nak mengorat pasangan korang tu, korang terus bagi. Tu bukan mengalah heh, tu gila nama dia.
  2. Mahu untuk meminta maaf dan akui kesilapan – Tak perlu nak ego sangat dalam hubungan. Mula-mula masa cinta baru nak berputik tu bolehlah. Tapi kalau macam I cakap tadi dah dua tiga tahun nanti macam boringlah. Kalau betul salah kita, minta maaf dan akui je kesilapan tu, tak luak mana pun. For sure pasangan korang tu akan lebih sayang dekat korang.
  3. Ucap cinta – Selalulah bagitahu pasangan korang tentang perasaan korang. Jangan buat dia tertanya-tanya dalam hati macam “Betul ke dia sayang aku?” . Sentiasa bagitahu yang korang sayangkan dia, atau rindu, atau tak boleh kehilangan atau apa-apa lah. Takkan ayat manis pun nak kena ajar?
  4. Berpenampilan menarik – Maksudnya, sentiasa kemas. So secara tak langsung, korang akan buat pasangan korang tu bangga sebab memiliki korang, nak kenalkan dekat keluarga, saudara mara, kawan-kawan pun tak lah malu.
  5. Memiliki kejujuran – Ini hal mutlak yang semestinya ada dalam setiap perhubungan. I yakin if takda kejujuran dalam hubungan, takkan kekal lama. Terlalu berahsia boleh buat hubungan jadi retak. So kena ingat, ketidakjujuran itu adalah identiti pengkhianatan.

Hubungan kasih yang ada dalam hidup kita adalah diibaratkan tanaman yang harus dijaga. Semakin kreatif kita jaga, semakin rajin kita bagi perhatian, hasilnya pun adalah baik!



Older Post | Newer Post
Queen Quotes!



Welcome to my blog :) Before anything else please follow these rules : No ripping , spamming , and any type of childish acts . Respect is a must . Enjoy your stay and have fun !

STORY OWNER

Wish List

HAPPY FAMILY
SPM
DIPLOMA
DEGREE
IPHONE 6
MARRIED

Press The Link !

Twitter
Instagram
Youtube
Facebook